Tuesday, March 8, 2011

Baju kesukaan Nailah

Kalau dia dapat baju ni, dia akan usung je ke mana-mana. Makan, tidur ngan baju labuci dia ni
Baju bling-bling yang aku jahit untuk nailah. Kena simpan takut dia bawak merata-rata

Thursday, February 24, 2011

My children in action

 My new born baby. Rumaisha Nur Iman.
 My sweet heart.Umi love u all so much


Fatih, the elders who love to pose

Wednesday, February 16, 2011

Koleksi Tudung sakura

 Ni antara tudung yang baru siap disulam manik.simple kan. Baru siap 3 koleksi sakura. Kena buat 20 sume. Tempahan dari Sarah. Layan ye lah k.Nanti aku masukkan design lain plak k.
 Kalau ada yang berminat bleh sms saya d 0193890605. Harga jualan RM 35

Monday, February 14, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

 Upih zaman sekarang
 Gotong royong sempena masuk rumah baru.Lagipun ini la cara untuk entertainkan budak-budak ni. Kalau tidak ashik nak gaduh je terutama yang lelaki. Bagi sorang satu kain,nah lap la.Sliding, pintu, almari dan basikal habis dilapnya. Memangla tak sempurna asalkan sama2 enjoy!
Ni gambar anak-anak aku ngan towel nama masing-masing.Projek ni kami buat bersama guna kain felt aku yang lebih-lebih tu. Anak-anak tolong tarik benang dan tengok. Umar yang paling istiqamah buat benda ni.Yang lain paham-paham je la.

Monday, January 17, 2011

Satu Permulaan Baru

Dah lama rasa tak menulis blog ni semenjak aku bersalin hujung Disember.Puteri keempat ku Rumaisya Nur Iman. Jadi dah ada 2 pasang dah. Aku harap dapat luangkan banyak masa dengan mereka dan aku dapat bekerja dengan perasaan yang gembira dengan tempat baru.
melihat mereka membesar di depan kita amatlah mengujakan dan menyeronokkan tetapi untuk handle kerenah mereka memang sukar kadang-kala.Sebab tu ramai orang tak nak anak ramai-ramai tp bila mereka datang sendeng-sendeng pada kita cakap thank you pada kita pun kita dah cair. Itulah kehebatan mereka
Kalau bercelotih sampai esok tak habis. Hari ni birthday Umar 2nd chile. Buat kek tapi dah habis semalam. Tak sempat nak snap pun. Kek mable madu. Masa buat tu lupa plak yang tempat pemutar kek tertinggal kat umah lama.Tapi belasah je la. Nasib baik jadi.

Tuesday, October 19, 2010

Felt handphone pouch siap


Gambar atas tu dah siap punya.Ada pelbagai design,strawberry, icecream, butterfly, heart....
Gambar bawah pun sama tapi hampir siap.Bentuk Heart plak memang ada macam2 colour dan rupa bentuk. Berminat kalau, sila tinggalkan comment k

Wednesday, October 6, 2010

The making of my felt handphone pouch

Tak siap lagi ni. Sarung handphone untuk siti. Tengok dulu k.Ada design yang dimahukan selain bentuk hati boleh dibuat. Ni yang dibawa ke klinik untuk d buat.Yang lain ada kat umah.