Monday, January 17, 2011

Satu Permulaan Baru

Dah lama rasa tak menulis blog ni semenjak aku bersalin hujung Disember.Puteri keempat ku Rumaisya Nur Iman. Jadi dah ada 2 pasang dah. Aku harap dapat luangkan banyak masa dengan mereka dan aku dapat bekerja dengan perasaan yang gembira dengan tempat baru.
melihat mereka membesar di depan kita amatlah mengujakan dan menyeronokkan tetapi untuk handle kerenah mereka memang sukar kadang-kala.Sebab tu ramai orang tak nak anak ramai-ramai tp bila mereka datang sendeng-sendeng pada kita cakap thank you pada kita pun kita dah cair. Itulah kehebatan mereka
Kalau bercelotih sampai esok tak habis. Hari ni birthday Umar 2nd chile. Buat kek tapi dah habis semalam. Tak sempat nak snap pun. Kek mable madu. Masa buat tu lupa plak yang tempat pemutar kek tertinggal kat umah lama.Tapi belasah je la. Nasib baik jadi.

No comments:

Post a Comment